Sungai Lembing Pada Hari Ini

Penutupan Pahang Consolidated Company Limited ‘PCCL” sebenarnya telah banyak mengubah wajah dan juga suasana Sungai Lembing dari sebuah pekan yang sibuk kepada sebuah pekan yang sunyi sepi. Kemegahan Sungai Lembing yang dahulunya dikenali sebagai pekan termoden hanya tinggal nostalgia dan menjadi kenangan kepada bekas-bekas pekerja lombong bijih timah dan penduduk asal kawasan ini. Kini. Kerajaan Negeri Pahang sedang berusaha untuk membangunkan kembali bandar Sungai Lembing menjadi Bandar Warisan yang bakal memberikan tarikkan kepada para pelancong. Ini adalah kerana bandar ini banyak meninggalkan kesan-kesan sejarah dalam aktiviti perlombongan bijih timah.

Pada keseluruhannya, taraf perkhidmatan sosial, awam dan kemudahan infrastruktur agak rendah dan tiada pengurusan yang rapi sejak kegiatan perlombongan Sungai Lembing ditutup. Kemudahan-kemudahan ini memerlukan peningkatan dan pembaikan semula supaya bandar Sungai Lembing boleh dijadikan sebagai satu kawasan kediaman yang selesa. Penutupan aktiviti perlombongan bukan sahaja membekukan pembangunan infrastuktur malah ianya juga menjadi punca terabainya kawasan ini.
Pusat bandar Sungai Lembing merupakan pusat tarikan kepada penduduk tempatan kerana menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Ianya lebih tertumpu kepada perniagaan. Penduduk tempatan yang memerlukan keperluan akan ke bandar Sungai Lembing untuk mendapatkan keperluan mereka kerana jarak untuk ke bandar Kuantan agak jauh. Di Sungai Lembing. perniagaan yang dijalankan adalah secara formal dan tidak formal. Perniagaan tidak formal ialah gerai dan tapak pasar Ahad.

Kemudahan Infrastruktur

  • Muzium Sungai Lembing

Muzium Sungai Lembing merupakan bekas kediaman Pengurus Besar “GM” bagi syarikat PCCL. Ianya terletak di atas bukit berhampiran dengan Tapis Resort. Bangunan ini telah diubahsuai oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebar maklumat serta mempamirkan kesan sejarah yang terdapat di SungaiLembing. Di Muzium ini terdapat pelbagai gambar. contoh bijih timah yang pernah dilombong serta peralatan yang digunakan untuk aktiviti perlombongan. Kedatangan pelawat ke muzium ini sudah pastinya akan disajikan dengan pengetahuan menarik berkenaan lombong bawah tanah yang pernah satu ketika dahulu diiktiraf sebagai antara lombong bawah tanah yang terbesar di dunia.

  • Penempatan

Penempatan yang terdapat di Sungai Lembing adalah jenis yang biasanya mengikut sungai, jalan dan sebagainya. Terdapat juga beberapa buah kampung,penempatannya adalah jenis berkelompok. Dari segi rekabentuk rumah. perumahan sesebuah adalah merangkumi rumah tradisional iaitu kebanyakkannya adalah rumah tinggalan bekas pekerja lombong pada masa dahulu.

Diantara kemudahan-kemudahan yang disediakan dipusat bandar Sungai Lembing yang boleh membantu untuk menarik pelancong ke Sungai Lembing adalah seperti  berikut :

  1. Kemudahan pengangkutan
  2. Balai Polis
  3. Sekolah
  4. Tabika
  5. Bangunan persatuan
  6. Tandas awam
  7. Balai raya
  8. Surau
  9. Telefon awam
  10. Kemudahan penginapan
  11. Jalanraya

 

  • Kemudahan Pengangkutan

Kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi dari Kuantan ke Sungai  Lembing disediakan. Pelancong boleh menaiki teksi dengan bayaran sekitar RM 25.00 dan bayaran sebanyak RM 3.60 untuk tambang bas.

 

  • Jalanraya

Sungai Lembing juga dilengkapi dengan kemudahan jalanraya yang baik. Keadaan ini bukan sahaja memudahkan masyarakat setempat untuk bergerak tetapi turut memberi kemudahan kepada pelancong untuk datang ke Sungai Lembing.Kemudahan jalanraya di Sungai Lembing ini menghubungkan antara satu kampung dengan kampung yang lain.

 

  • Sekolah

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sungai Lembing

Sekolah lama yang terdapat di Sungai Lembing ialah Sekolah Rendah Jenis  Kebangsaan Cina Sungai Lembing. Sekolah ini terletak di bandar Sungai Lembing. Bangunan ini adalah salah satu institusi pendidikan yang terdapat di Sungai Lembing dan masih beroperasi sehingga kini.

  • Kuarters pekerja

Kuarters pekerja

Kuarters pekerja adalah kediaman atau tempat tinggal bagi pekerja-pekerja lombong  bijih timah pada zaman kegemilangan lombong bijih timah suatu ketika dahulu. Ia dibina selaras dengan pembukaan kawasan lombong bijih timah dan terdapat dua Jenis kediaman untuk pekerja-pekerja iaitu kuarters dan rumah sesebuah. Bagi pekerja yang mendapat gaji bulanan. mereka akan diberikan sebuah rumah dan mereka yang bergaji hari pula akan tinggal di rumah panjang yang dikongsi bersama diantara pekerja yang masih bujang dan yang telah berkeluarga. Kini kuarters  tersebut menjadi kuarters tetap bagi pekerja dan orang awam yang menduduki rumah dan kuarters tersebut. Lokasi kuarters tersebut adalah di sekitar kawasan Sungai Lembing antaranya ialah di Kampung Melayu. Kolong Pahat dan sebagainya.

  •  Kelab Buruh

Kelab Buruh

Pada masa dahulu kelab ini merupakan tempat pekerja-pekerja bawahan atau buruh lombong bijih timah beristirehat dan berjumpa sesama mereka. Kelab ini juga diguna kan untuk meraikan sesuatu majlis atau perayaan. Ianya terletak berhampiran  dengan padang bola Sungai Lembing dan kawasan perniagaan. Bangunan ini telah dibaikpulih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti. Usia bangunan ini hampir menjangkau 100 tahun iaitu sama dengan pembukaan lombong bijih timah. Kini bangunan ini menjadi pejabat Pengurusan MPK Sungai Lembing yang beroperasi menjaga kebersihan dan keindahan bandar Sungai Lembing.

  • Kelab Kerani

Ianya terletak berhampiran dengan Kelab Buruh. Bangunan ini dahulunya adalah khas untuk kerani-kerani yang bekerja di PCCL pada masa dahulu. Kini bangunan ini telah dibaikpulih oleh Pejabat Daerah dan dijadikan bangunan Kelab Rukun Tetangga Sungai Lembing.

  • Kelab Pegawai Tertinggi

Kelab Pegawai Tertinggi

Pada zaman penjajahan British, bangunan ini merupakan kelab bagi pegawai tinggi British yang bekerja di syarikat perlombongan di Sungai Lembing. Pada ketika itu orang awam tidak dibenarkan masuk ke kewasan kelab ini kecuali kakitangan yang bekerja di kelab ini sahaja. Kini, bangunan tersebut telah dijadikan sebuah resort “Tapis Resort”. Namun begitu resort ini tidak lagi beroperasi kerana masalah pengurusan dan kewangan. Lokasi bangunan ini adalah berhampiran dengan Muzium Sungai Lembing dan berhadapan dengan bekas gelanggang tenis PCCL.

  • Panggung Wayang

Panggung Wayang Sungai Lembing

Pada masa dahulu panggung wayang ini merupakan salah satu tempat hiburan bagi penduduk Sungai Lembing dan satu-satunya panggung wayang yang ada di bandar  ini. Panggung wayang ini telah dibaikpulih oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dan diserahkan kepada Unit Pengurusan MPK Sungai Lembing untuk pengendaliannya.

 

Facebook Link

Current
operating schedule

Pick your time to visit.

line

Open Everyday!

Monday - Sunday: 9 am - 6 pm

line

Online tickets are available for individuals and groups.

Online
Ticket

Easy, Fast & Secure

line

line

We Accept VISA & MASTERCARD

Photo Gallery

ONLINE TICKET IS AVAILABLE

Buy Ticket Online. We Accept Visa, Mastercard, Paypal and other modes of payment.

Get your tickets, Buy Now!

VISIT PAHANG

KUANTAN is Truly MALAYSIA!

visit: pahangtourism.org.my


Hit Counter provided by Business Card Holders