Asal Usul Sungai Lembing

Sungai Lembing mendapat namanya daripada sebatang anak sungai yang dikatakan mengalir dengan deras. seperti lembing masuk ke dalam Sungai Kenau. Anak sungai ini terdapat di sekitar Taipitong tetapi ianya hanyalah alur yang sangat kecil. Nama Sungai Lembing mengikut cerita orang tua-tua pula dipercayai berasal dari perkataan lembing iaitu sejenis senjata yang sering digunakan dalam pemburuan. Senjata tersebut dipercayai digunakan oleh orang asli di kawasan hutan yang dikatakan telah melontar sebatang lembing kepada seekor kijang. Dalam usaha menyelamatkan diri, kijang tersebut telah terjun ke dalam sungai dan hilang bersama-sama lembing yang tercacak dibadannya. Pada awal kurun ke-18, sekumpulan pelombong bijih timah telah tiba di kawasan ini. Ketika mendulang, mereka telah menemui sebatang lembing yang dipercayai kepunyaan pemburu di zaman dahulu. Semenjak itu, kawasan tersebut dinamakan Sungai Lembing. Namun demikian tiada bukti kukuh yang menyokong kesahihan cerita itu.

Sejarah awal kegiatan melombong bijih timah di negara ini dikesan pada catatan seorang sejarawan Cina yang mencatatkan tentang eksport bijih timah dari Kelantan dan Pahang ke China pada pertengahan abad ke-13. Manakala mengikut cerita anak tempatan Pahang, pada tahun 1868 Sungai Lembing mula diterokai oleh Wan Muhamad atau pun dikenali sebagai ‘Tok Tangguk’ yang berasal dari Kemboja tetapi telah lama menetap di Chenor, Temerloh, Pahang. Beliau mempunyai kepakaran dalam kerja-kerja perlombongan bijih timah. Sungai Lembing terletak di Lembah Sungai Kenau dan dikelilingi oleh kawasan yang berbukit bukau dan mempunyai kedudukan yang menarik dan strategik. Kedatangan pelombong-pelombong Cina pada lewat abad ke-18 menyebabkan aktiviti Tok Tangguk semakin berkurangan.

Tinggalan dari aktiviti perlombongan tersebut terdapat beberapa nama tempat di Sungai Lembing seperti Kolong Pahat “memahat bijih” dan Bukit Segantang “mendapat bijih segantang sehari” sungai tersebut mempunyai kaitan dengan kegiatan melombong bijih timah secara tradisional, iaitu dengan membuat kolong di bawah tanah.

Kewujudan Sungai Lembing berkait rapat dengan sejarah moden Pahang yang bermula dengan penjajahan British di Malaya. Sumber lain ada menyatakan bahawa perlombongan bijih timah di Sungai Lembing bermula dari zaman pra sejarah lagi. Menurut sumber dari negeri China, bijih timah dieksport dari negeri Pahang semenjak 1446 lagi.

Berdasarkan rekod, setelah perlombongan oleh orang Melayu berakhir, kerja-kerja perlombongan mula diusahakan oleh pelombong berbangsa Cina yang bekerja di bawah kontrak William Frazer. Sungai Lembing pada masa dahulu begitu terkenal di peringkat antarabangsa dan merupakan bandar yang terkaya dengan pengeluaran bijih timah di Pahang Darul Makmur. Ia merupakan bekas kawasan perlombongan tertua, terpanjang dan paling dalam di dunia iaitu sedalam 971 meter “2,400 kaki” sehingga dikatakan terdalam diantara syarikat-syarikat galian bijih timah di Asia Tenggara.

Suatu ketika dahulu Sungai Lembing juga diibaratkan sebagai ‘El-Dorado Timur’ di negeri-negeri Tanah Melayu kerana di sinilah terletaknya sebuah perkampungan Inggeris yang istimewa di Lembah Sungai Kenau. Kekayaan dari hasil bijih timah di Sungai Lembing diungkap sebagai “Penyelamat Mahkota Ratu England” akibat dari kemerosotan ekonomi Britain pada masa itu.

Pada November 1883, KDYMM Sultan Ahmad Muazzam Shah telah menandatangai perjanjian pajakan dengan Tauke Baba Ah Sam “Lim Ah Sam” dengan memajakkan kawasan seluas 2,500 batu persegi meliputi Sungai Kuantan, Sungai Triang, Sungai Rompin dan Sungai Endau kepada Syarikat Pahang Company. Syarikat itu dibangunkan oleh Tauke Lim Ah Sam, Tauke Goo Soo Sooee bersama Levis den Dekker yang menetap di Singapura. Baba Ah Sam telah bekerjasama dengan pihak Eropah untuk membangunkan lombong di Sungai Lembing.

Menurut sumber lain, kawasan Sungai Lembing di Ulu Kuantan pada masa itu adalah hak milik mutlak Sultan Pahang. Sultan telah memberikan hak perlombongan bijih timah kepada ayah mertuanya sebagai hadiah perkahwinan kepada isterinya iaitu anak kepada Lim Ah Sam. Berdasarkan konsesi pada tahun 1883, Syarikat Pahang Company yang telah diberikan pajakan selama 75 tahun dikehendaki membayar royalty 10 % ke atas bijih timah dan bijih-bijih lain yang dieksport tetapi syarikat tersebut dikecualikan daripada membayar cukai pelabuhan dan duti-duti lain termasuk balak yang dibenarkan diambil di mana-mana tempat di negeri Pahang.

Penguasaan perlombongan oleh orang Eropah bermula pada tahun 1886 apabila syarikat The Pahang Mining Company Limited ditubuhkan di London yang mana Mr Willian Frazer bertindak sebagai pengurus lombong. Syarikat tersebut bersetuju membeli konsesi asal tetapi disebabkan oleh masalah kewangan ianya tertangguh sehingga 1888. Syarikat itu menukarkan nama kepada syarikat The Pahang Corporation Limited “PCL” dimana Mr Willian Frazer dilantik menjadi pengarahnya. Konsesi baru diberikan pada tahun 1888 selama 80 tahun dengan keluasan kawasan 2,500 batu persegi. Royalti sebanyak 10% diberikan kepada Sultan Pahang.

Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1898, kuasa pajakan lombong adalah tertakluk di bawah ‘mining code’. Syarikat Pahang Corporation Limited masih diberi hak melombong. Sungai Lembing ketika itu merupakan bandar pertama di Semenanjung Tanah Melayu yang diletakkan dibawah pentadbiran sebuah syarikat bijih Inggeris iaitu Pahang Corporation Limited dari tahun 1888 sehinggalah 1906. Pada tahun 1906, syarikat Pahang Corporation Limited telah ditutup dan kemudian telah diambil alih oleh syarikat Pahang Consolidated Company Limited “PCCL”. Sehingga tahun 1915, terowong sepanjang 40 batu telah berjaya dikorek semasa kerja-kerja perlombongan dijalankan. Aktiviti perlombongan ini telah memberikan sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi negeri amnya.

Facebook Link

Current
operating schedule

Pick your time to visit.

line

Open Everyday!

Monday - Sunday: 9 am - 6 pm

line

Online tickets are available for individuals and groups.

Online
Ticket

Easy, Fast & Secure

line

line

We Accept VISA & MASTERCARD

Photo Gallery

ONLINE TICKET IS AVAILABLE

Buy Ticket Online. We Accept Visa, Mastercard, Paypal and other modes of payment.

Get your tickets, Buy Now!

VISIT PAHANG

KUANTAN is Truly MALAYSIA!

visit: pahangtourism.org.my


Hit Counter provided by Business Card Holders