Tempat lain untuk dikunjungi

Terdapat banyak tempat-tempat menarik di Sungai Lembing yang berpotensi menarik ramai pelancong. Lokasinya juga membuatkan pelancong terpikat untuk tinggal disini dengan lebih lama, tempat dan tarikan alam semula jadi berasaskan pelancongan. Antaranya adalah Gunung Panorama, air terjun pelangi, ladang rusa, tugu “monumen” dan jambatan gantung yang sudah berusia lebih 100 tahun. Kawasan perlombongan juga masih mempunyai potensi untuk dibangunkan bagi tujuan pelancongan.

Sungai Lembing sangat kaya dengan ciri-ciri keindahan semulajadi sungai yang mempunyai pemandangan panorama dan mempunyai keindahan yang menarik. Antaranya Sungai Kenau, Sungai Lembing, Sungai Keladang, Sungai Awai, Sungai Cermih, Sungai Enggang dan Sungai Renggek.
Pihak berkuasa tempatan telah mengezonkan kawasan Sungai Lembing sebagai kawasan pelancongan yang bersejarah kerana terdapat banyak Bijih timah juga banyak bekas dan terowong panjang. Selain daripada pihak berkuasa tempatan juga ingin membuat Sungai Lembing sebagai Pusat Pertumbuhan Utara Pantai Timur menjelang 2020.

  •      Muzium Sungai Lembing

 

Muzium perlombongan ini dikendalikan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti bertujuan untuk menyebarkan maklumat serta mempamerkan khazanah-khazanah sejarah yang terdapat di sungai lembing dan di Negeri Pahang secara am nya. Kunjungan para pelawat ke sini pastinya akan disajikan dengan pengetahuan yang menarik berkenaan dengan lombong bijih timah bawah tanah yang pernah suatu ketika dulu diiktiraf sebagai antara lombong bijih timah yang terbesar dan terdalam di dunia.

  •    Air Terjun Pelangi

Air terjun Rainbow Waterfall “Air Terjun Pelangi” terkenal dengan kecantikannya. ia berada dekat dengan Sungai Lembing. Pada awal penubuhan bandar kecil ini sangat terkenal dengan lombong bijih timah. Kini ia makin meningkat maju. Terdapat muzium dan terdapat rancangan untuk membuka semula lombong sebagai tarikan pelancongan. Pengangkutan ada disediakan. Ia hanya memerlukan kenderaan 4WD untuk pergi mengelilingi bandar kecil yang menarik lagi penuh mencabar.

pelancong hanya akan dapat melihat pelangi yang cantik pada waktu pagi. pada waktu itu lah pelangi-pelangi yang cantik akan terlihat di sebalik air terjun.

  • Panorama Hill

 

Panorama Hill adalah salah satu aktiviti rekreasi dan kegiatan waktu lapang yang disediakan di Sungai Lembing. Di sini, pelbagai aktiviti rekreasi boleh dilakukan oleh orang awam antaranya meredah hutan dan sebagainya. Keistimewaan bukit ini. pengunjung boleh menikmati pemandangan matahari terbit dan suasana matahari terbenam. Panorama bukit 291 meter tinggi di atas paras laut. Untuk sampai ke puncak. Satu jarak berjalan kaki dari lombong pengunjung terpaksa melalui 815 langkah dan tidak termasuk tangga rosak dan simen. Panorama Hill sangat popular dengan pelawatnya tidak putus putus datang pada hujung minggu. Untuk menikmati pemandangan mempesonakan seperti matahari terbit dan suasana yang hijau sekitar bukit. Alangkah ruginya jika anda terlepas peluang menyaksikan keindahan Panorama Hill yang hanya satu-satunya terdapat di Sungai Lembing.

  • Gunung Tapis

Anggaran 16 kilometer dari Sungai Lembing ke Gunung Tapis. Gunung ke-18 tertinggi di semenanjung pada ketinggian 4, 957 kaki. Satu cabaran yang menyeronokkan untuk pendaki dan peminat trekking.  Sekitar gunung Tapis terdapat sebuah taman yang dijaga rapi dengan mempunyai kawasan perkhemahan, air panas, cabaran air putih di sungai yang deras dan mencari ikan besar, Dan yang paling menyeronokkan terdapat banyak ikan kelah.

Berbanding dengan gunung lain. Gunung Tapis tidak boleh dipandang rendah oleh pendaki yang berpengalaman. Ia kerana perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Perjalanan ke puncak adalah sangat mencabar dan berbukit bukit sepanjang jalan. Tahap kecergasan yang tinggi adalah perlu dan jam trekking akan menjadi agak panjang apabila melalui laluan beralun. Dapatkan panduan yang berpengalaman dan sentiasa memaklumkan kepada pegawai di balai polis di Sungai Lembing sebelum anda memulakan pendakian.

Pandangan dari atas sangat mempersonakan. Akan dapat melihat lautan awan putih yang mengaburkan pandangan kawasan tanah pamah. Pada hari yang cerah anda boleh melihat Gunung Tahan pada jarak yang jauh. Suhu di puncak antara 18 hingga 8 darjah Celsius. Dengan mataharinya yang jelas nampak. Juga terdapatnya bayank dusun-dusun kecil yang digelarnya oleh pendaki sebagai taman bonsai. Juga tiupan angin yang tidak henti-henti bertiup dilereng bukit.

  • Penternakan Rusa

Ladang ini terletak kira-kira 50 km dari bandar Kuantan dan 5 km dari bandar kecil Sungai Lembing dengan melalui Kampung Kuala Kenau. Ladang ini terletak 3 km dari perkampungan Mas Sungai orang asli dan 9 km dari jalan utama ke Kuantan. Ladang ini dibangunkan dan diuruskan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri. Ladang ini dibuka pada tahun 1992. Ia dibangunkan di atas tanah seluas 120 hektar dan 102 hektar. Ia disemai dengan sejenis tumbuhan yang dinamakan ‘padang’. Jenis baka rusa yang dipelihara di sini terdiri daripada ‘cerrus timorensis’  juga terdpat rusa yang dipelihara berasal dari Mauritius dan Australia.

  • Jambatan Gantung

Terdapat empat  jambatan gantung merentasi Sungai di Sungai Kenau. Sungai Lembing dibahagian utara terdapat dua jambatan gantung yang terletak di perkampungan Kampung Kuala Kenau dan Takar Rapids. Di bahagian selatan pula terletak di perkampungan Seberang Kolong Pahat. Umur empat jambatan gantung tersebut adalah lebih daripada 100 Tahun. Penggantungan jambatan tertua adalah jambatan gantung di Kampung Kolong Pahat.

  • Tugu (Monumen)

 

Tugu ini dibina dalam tempoh penjajahan Jepun di Sungai Lembing. Ia terletak berhampiran taman permainan kanak-kanak Sungai Lembing. Tugu ini adalah salah satu tugu untuk memperingati orang-orang yang mempertahankan negara semasa perang menentang Jepun. Tugu ini boleh menjadi tarikan kepada pelancong yang datang ke Sungai Lembing.

Facebook Link

Current
operating schedule

Pick your time to visit.

line

Open Everyday!

Monday - Sunday: 9 am - 6 pm

line

Online tickets are available for individuals and groups.

Online
Ticket

Easy, Fast & Secure

line

line

We Accept VISA & MASTERCARD

Photo Gallery

ONLINE TICKET IS AVAILABLE

Buy Ticket Online. We Accept Visa, Mastercard, Paypal and other modes of payment.

Get your tickets, Buy Now!

VISIT PAHANG

KUANTAN is Truly MALAYSIA!

visit: pahangtourism.org.my


Hit Counter provided by Business Card Holders