Lombong Bersejarah

Sungai Lembing 1920 – 1950

Lombong Sungai Lembing dahulunya  dikenali sebagai sebuah  tempat pengeluaran bijih timah yang utama di negeri Pahang Darul Makmur. Di Sungai Lembing, terdapat sebuah perkampungan  yang  diduduki  orang inggeris, ianya berhampiran dengan Sungai Kelau. Perlombongan bijih timah di Sungai Lembing diusahakan oleh “Pahang Consolidated Company Limited” (PCCL).  PCCL merupakan sebuah syarikat yang  berkemahiran tinggi  dalam membina terowong kerana ia mempunyai kemahiran dan teknik yang tersendiri  untuk membina  terowong. PCCL mempunyai pekerja yang berbilang kaum seperti orang inggeris, melayu, cina dan mereka bekerja mengikut syif yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Pusat perlombongan bijih timah ini telah mencapai zaman kegemilangannya pada sekitar tahun 1940-an hingga tahun 1950-an kerana pada ketika itu, sungai lembing merupakan sebuah tempat perlombongan bijih timah bawah tanah yang terbesar didunia. Pada tahun 1986, lombong bijih timah tersebut terpaksa ditutup disebabkan oleh kejatuhan harga bijih timah dan kos operasinya yang tinggi.

Sejarah Sungai Lembing

Sungai lembing merupakan tempat perlombongan bijih timah yang kedua terbesar didunia selepas Bolivia. Dahulunya sungai lembing terkenal sebagai  sebuah bandar yang kaya dengan  pengeluaran bijih timah, ia juga mempunyai kolong-kolong yang terpanjang dan terdalam kira-kira sepanjang  1,400 ke 2,000 kaki persegi. Sungai lembing merupakan  lombong bijih timah yang terdalam di Asia Tenggara. Penjajahan British di Malaya merupakan sejarah moden negeri Pahang dan ianya berkait rapat dengan kewujudan Sungai Lembing. Kawasan Sungai Lembing telah dijajah oleh pihak British pada tahun 1888, sebaik sahaja Almarhum Sultan Ahmad Muadzam Shah 1 mempersetujui dengan cadangan sebuah syarikat bijih di London untuk menubuhkan “Pahang Corporation Limited” di kawasan tersebut. Kawasan seluas 2,500 ekar persegi itu dipajak bagi tempoh seratus tahun dengan bayaran satu sen setahun. Sungai Lembing merupakan bandar pertama di semenanjung tanah melayu yang diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat bijih British iaitu “Pahang Corporation Limited”. Pada tahun 1915 , Pahang Corporation Limited  menukar name syarikatnya kepada “Pahang Consilolidated Company Limited” (PCCL) dan pada tahun 1984  sekali lagi menukar nama menjadi “Pahang Investment Public Limited Company” (PIPLC). Dalam tempoh seratus tahun lombong ini telah mengeluarkan lebih kurang 13 juta tan metrik bijih timah kasar yang boleh menghasilkan 150,000 tan metrik timah dengan nilai sebanyak hampir 2,000 juta. Aktiviti perlombongan ini telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk di kawasan Sungai Lembing khususnya dan kepada ekonomi amnya.


 

 

 

 

 

 

Sejarah Muzium Sungai Lembing

 

Muzium Sungai lembing terletak diatas bukit yang menghala ke sungai kenau. Dahulunya ia dikenali sebagai ““The European Bungalow 1” atau singkatannya EB1, dimana ia  merupakan  tempat kediaman bagi pengurus-pengurus besar Syarikat lombong bijih timah seperti Syarikat ‘The Pahang Corporation Limited’, tahun 1887-1906 hinggalah ke zaman kegemilangan Syarikat ‘The Pahang Consilidated Company Limited’ (PCCL), tahun 1906-1986.

Struktur binaanya mengikut gaya vertikular-kolonial dan mempunyai kronologi sejarah pembinaan yang tersendiri. Bermula dengan bangunan bersaiz kecil, dengan atap diperbuat daripada daun nipah dan berdindingkan kulit-kulit kayu, Diubahsuai dari semasa ke semasa, bermula dari zaman J.T Mariner pada tahun 1911 hingga ke zaman pengurusan H.R.M Holding pada tahun 1966.

Semasa Perang Dunia Kedua,bangunan ini digunakan sebagai markas tentera Jepun sehinggalah ke tahun 1945. Setelah pengunduran tentera Jepun, bangunan ini diambil alih semula oleh PCCL untuk meneruskan aktiviti-aktiviti perlombongan hinggalah kejatuhan harga timah pada tahun 1986.

Muzium ini mempamerkan  semula zaman kegemilangan Sungai Lembing sebagai kawasan perlombongan bijih timah bawah tanah yang terbesar di dunia. Artifak tinggalan perusahaan perlombongan bijih timah bawah tanah seperti alat mengerudi, pakaian ,topi keselamatan pelombong, rel dan gerabak keretapi, perabot dan peralatan yang digunakan pada masa itu juga turut dipamerkan.

 

Terowong Bawah Tanah

Terowong bawah tanah atau juga dikenal sebagai ‘pengkang’ dikorek tanpa menggunakan bahan letupan. Sebelum semua kerja melombong dijalankan, ahli-ahli kaji bumi terlebih dulu telah mengkaji kedudukan longgokan bijih timah. Kajian telah dilakukan secara berterusan bagi memastikan aktiviti perlombongan bijih timah akan terus beroperasi.

Terowong bijih timah yang terdalam adalah di lombong Myah. Lombong ini terletak 700 meter ke bawah dasar bumi manakala lombong Taibeto pula mencecah 500 meter ke dasar bumi. Jarak di antara setiap tingkat adalah lebih kurang 30 meter.

Pengunjung  tidak dibenarkan mengunjungi terowong ini  kerana terowong bawah tanah di Sungai Lembing tidak selamat untuk dilawati memandangkan keadaannya yang telah lama ditinggalkan, keadaan terowong di situ juga  boleh runtuh pada bila-bila masa dan ditenggelami air.

Terowong sungai lembing ini sepanjang lapan kilometer meliputi kawasan bijih seluas 1,600 hektar. Lombong bijih timah ini dianggap luar biasa dan telah mengungkap pelbagai cerita termasuk ramai yang maut ketika membina terowong dan mencari gali bijih timah.

Facebook Link

Current
operating schedule

Pick your time to visit.

line

Open Everyday!

Monday - Sunday: 9 am - 6 pm

line

Online tickets are available for individuals and groups.

Online
Ticket

Easy, Fast & Secure

line

line

We Accept VISA & MASTERCARD

Photo Gallery

ONLINE TICKET IS AVAILABLE

Buy Ticket Online. We Accept Visa, Mastercard, Paypal and other modes of payment.

Get your tickets, Buy Now!

VISIT PAHANG

KUANTAN is Truly MALAYSIA!

visit: pahangtourism.org.my


Hit Counter provided by Business Card Holders